Sekolah ini
terletak 11 km dari Pusat Bandar Seri Begawan, melalui Jalan Kota Batu. Nama Sekolah ini diambil sempena dari Nama
kampong Sungai Besar, kerana letaknya
ditengah-tengah kawasan kampung ini.
Sekolah
ini dibina pada akhir tahun 1980an, dan mula digunakan sepenuhnya pada 30 Mei
1991. Guru Besar pertama pada ketika itu ialah Cikgu Haji
Kassim bin Haji Tapa.
Sebelum sekolah
ini dibina, murid-murid di sekitar kampung ini mengunakan bangunan Sekolah
Rendah Sultan Abdul Bubin (menggunakan di sebelah petang) untuk belajar
ugama yang mana Guru Besar pada ketika itu ialah Cikgu Hj
Mahsuri bin Hj Siraj dengan dibantu oleh guru-guru seramai 11 orang iaitu 2
orang guru lelaki dan 9 orang guru perempuan, keramaian murid pada ketika itu ialah 133 orang
murid lelaki dan 160 orang murid perempuan, kebanyakkan murid yang bersekolah
ugama ini adalah murid-murid yang bersekolah disebelah pagi, oleh sebab
kesedaran agama yang mendalam dan kehendak masyarakat kampung dan
disekelilingnya, maka sekolah ini pun dibina setelah mendapat kelulusan dari
pihak kerajaan.
Pada awalnya
sekolah ini hanya ada dua blok sahaja iaitu satu blok untuk bilik pentadbiran
serta bilik guru-guru dan satu blok lagi untuk bilik darjah iaitu sebanyak 10
buah bilik. Diantara kemudahan yang
dibekalkan di sekolah ini ialah bilik air (tandas), paip air untuk berwudhu, mesin cetak, mesin taip, pembesar suara, kantin, tempat letak
kerita, bilik ICT, bilik Persidangan, sistem bunyi mudah alih, karpet, set sofa
untuk bilik Tamu, kerusi meja guru dan murid, kitab-kitab dan lain-lain lagi.